
|
Ramadhan kembali lagi...
Thursday, 26 July 2012 @ 07:05 | 0 EXOtic[s]
Assalamualaikum... Ramadhan kembali lagi!!! Setelah lama dia meninggalkan kita akhirnya...saat yang dinanti-nanti muncul juga sungguh tidak disangka... Bermulanya Ramadhan ini terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jikalau ada antara entries saya yang membuatkan anda terguris hati, saya memohon maaf.Pada tahun ini saya berazam untuk menjadi Ramadhan kali ini ialah yang terbaik, sungguh banyak nikmat Ramadhan, tanpa kita sedar Allah cukup menyayangi hambanya yang berpuasa, tapi kalau bagi kita puasa adalah penyeksaan dan kita tidak merasa nikmat berpuasa itu sendiri, mohonlah kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan taufiq dan hidayah agar dapat kita merasai nikmat puasa. Puasa ini mengajar kita agar berdisiplin bukan hanya dari tahan lapar dan dahaga tapi... tahan nafsu dari memandang yang buruk kerana adanya puasa adalah untuk kita mendidik nafsu kita agar nafsu tidak bermaharaja lela dalam diri kita. Seterusnya, bulan Ramadhan Allah gandakan pahala kita, jika yang sunat itu pada bulan Ramadhan Allah samakan pahala dengan yang wajib, maka yang wajib itu Allah gandakan 70 kali ganda, sungguh besar nikmat dan gajaran bulan puasa kerana ia adalah bulan yang terbaik... Selain itu, pada bulan Ramadhan Allah adakan malam Lailatul Qadar, dimana malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar maka bahagialah dia.Malam Lailatul Qadar diceritakan bahawa malam ini dapat melahirkan rasa cinta yang tinggi kepada Allah S.W.T... Dan Allah kurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa, kegembiraan yang pertama ialah kegembiraan berpuasa kerana kita rasa nikmat puasa itu, dan kegembiraan yang kedua adalah ketika bertemu dengan Allah, dimana amal yang kita buat ketika berpuasa di hisab dan kita gembira kerana banyak ganjaranya... Akhirnya sedikit pesanan saya, jangan kita tunggu bulan Ramadhan saja nak beramal, tapi istiqamah lah beramal..Besarnya ganjara yang Allah kurniakan |
WELCOME !
Assalamualaikum for muslim. Hello for non-muslim. Welcome to my simple blog. Be nice. Be happy. Keep smile
Things The Credits! |