Greet with new family -Part 2
Entah nak crite ape. Then teringat masa saudara-mara aku balik. Hari tu sempat yang pertama je. Okey ni sambungan dia. Hahaha.. Oh, masa hari kedua, sampai je rumah. Sumpah mengantuk. Baru je nak pejam mata ibu aku suruh mandi. Okey fine, mandi je kut.
Dah sesiap tu. Mak cik aku pulak ajak aku pergi bandar. Huhh!!. tahan dulu niat nak sambung tidur tu. Aku balik dari bandar dalam pukul 12 lebih kut. Memang aku dah janji sampai je dekat rumah aku nak tidur. Baru je nak pejam mata, ibu aku suruh tolong masak. Okey fine masak je kut.
Dah siap tu. Memang aku akan tido. tapi apakan daya aku kena pergi makan. malasnya!!.. Huhh.. memang terbantut semua niat aku nak tido. Sampai ke petang still tak dapat tido. Then, dalam pukul 6 macam tu. Diorang rancang nak pergi bandar. Aku tidak mahu melepaskan peluang. Join lah sekali.
Sampai dekat sana, jalan punya jalan sampai malam. mujur. Ada surau. Lepas solat mahgrib.Sambung jejalan. Aku dah dengan mata yang mengantuk. Di tambah lagi dengan kepenatan. Huhhh.. Aku jalan dengan kak ella, kak eda, abang khai, abang azhar, dan abang iwan.
Yelah. tak kan nak jalan dengan mak cik dan pak cik. Oh please. Nampak tua. tak nak!!. Hahahaha.. Nak di jadikan cerita. Abang Khai nak pergi beli buah durian. Huhh.. Aku pun memang dah lama mengidam nak makan durian.
Masa dekat gerai, abang iwan ada beli kerepek. Then dia pelawa dekat aku
"Nak?"
"Malas lah nak angkat tangan"
Abang iwan senyum je, then dia suap kerepek dalam mulut aku. buat malu je =.=
Hahaha.. dalam pukul 10 kita orang balik. Then ajak pulak pergi karaoke. Erh!! malas doe. Tapi tak apalah. Aku ikut je.
Dalam tu memang sejuk. Aku memang nak tidur. Tapi apakan daya, semua lagu rock nak tido sakit telinga. Dengar jelah. Dalam pukul 2 baru habis. Nak sampai dekat rumah baru lah aku tidur. Yang pelik aku sampai rumah pukul 3. Aduhai... 1 jam? pergi mana? Lantak lah..
Sampai je dekat rumah. Aku terus tido. Hahh.. entah pape je. Errr.. ini namanya entry bosan.Sekian..
Assalamualaikum.
Ain <3
Older Post | Newer Post