Ramadan.
First of all, apa khabar. hehehe.. Dah lama jari-jemari tidak bermain di keyboard akibat homework yang menggunung, ditambah dengan sifat pemalas tahap infiniti. Apa nak cakap tadi erk, oh!. Ramadan. pejam celik pejam celik dan 17 Ramadan.
Lagi 13 hari ramadan akan tinggalkan kita, entah sampai ke tak kita dekat ramadan tahun depan kan. So.. rasanya belum lambat lagi untuk kita yang hina ni, nak tambah sikit mana-mana yang tak perfect dekat amalan kita kan.
Ramadan juga banyak menguji kesabaran kan? Hari tu adalah hal yang amat menyedihkan terjadi. Tapi, kerana berkat Ramadan ni, nak marah tak jadi. Sebab? Ramadan kan mulia kita ni hina sangat kalau nak marah dalam bulan yang mulia ni kan. Siapa kita. Hanya hamba.
Dalam ramadan juga, kita dapat mendidik nafsu kita yang degil sangat-sangat ni, dengan cara. Berhenti mengumpat. berhenti melihat maksiat dan yang paling penting jangan BUAT maksiat!. Even, orang kata susah, tapi sebab yang susah tu lah kan kita dapat banyak ganjaran kan.
Tiada yang mudah dalam perjuangan, jalan dakwah itu penuh onak dan duri, jadi hanya orang yang tertentu sahaja dapat melaluinya. Dan kita ni, perlu tekad dalam hati untuk jadi orang yang TERTENTU itu. Sampai sini saja buat kali ini, semoga Allah merahmati kita, ;)
Assalamualaikum.
"Manusia akan menjadi hamba kepada awak yang diCINTAInya."
Older Post | Newer Post