Masa depan.
Hai, first of all. Senyum.
Then, ketawa.
Dah?
Okay.
Pernah tak korang terfikir pasal masa depan korang? Bila sepuluh tahun akan datang, macam mana korang time tu, korang jadi apa time tu, dan macam mana dengan kehidupan korang? Adakah korang berjaya capai impian korang?
Dan bila time nak belajar. Macam mana dengan result spm nanti? Dah tu korang nak buat apa time tu. Eish, bila dah besar nanti korang nak jadi apa. Macam mana kalau tetiba korang berubah minat. Contoh, macam aku. Dari aku kecil sampai aku besar dalam otak aku just nak jadi doktor. Aku tak pernah perasan bakat yang ada dalam diri aku.
Tapi, bila dah nak naik form 3, baru aku perasan. Dah tu? Apa aku nak buat lepas ni. Aku pun keliru dengan future nanti.
Back to the title, So. apa perancangan kita dekat universiti nanti. Dapat ke kita pergi u? Macam mana pulak dengan keadaan kita? Apa perasan time tu, susah tak jadi mahasiswa. Dan mungkin bila kita dah kerja nanti. Mungkin ke kita happy dengan kerja kita atau mungkin kita ni ada kerja ke tak.
Dan bagi aku pulak, bila dan besar nanti, macam mana dengan minat aku dekat kpop? Apa perasaan aku bila aku dengar lagu exo? Dan bias-bias aku pun dah tua. =.=
Masa depan kita Allah dah tentukan. One day, kita akan tahuu. Dan kita boleh renung balik masa sepuluh ke dua puluh tahun lepas. Apa yang aku buat dulu? Sama ke perancangan aku yang dulu dengan yang sekarang?
Bak kata pepatah,
"Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna"
Aku tak nak menyesal di kemudian hari, di sebabkan sifat aku yang gila. Jadi!. Mari kita berusaha untuk capai impian kita, sebab kita tak tahu macam mana keadaan future nanti. Apa pun yang jadi 'nanti' itu semua Allah dah tentukan. Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Biar Dia tentukan, dia tahu apa yang terbaik buat kita. o_o
Bye semua. Assalamualaikum.
Ain <3
Older Post | Newer Post