L U H A N ' S
Best Day!!

Saturday, 4 January 2014 @ 08:25 | 0 EXOtic[s]

  


Hai, apa khabar si awak yang sedang baca entry yang bosan ini. Hi hi hi.. mood hari ni baik gila. Akupun tak tahu kenapa. hahaha.. oh, nak cerita pasal tadi. 

Aku bangun tidur awal dari biasa uoall.. Lepas breakfast tu ayah ada bagi hadiah. Woahhh!!. Dapat hadiah birthday. Late birthday present. Tapi aku suka je. Dapat baju dari hong kong dan jugak set alat tulis. erk. aku rasa macam budak-budak pulak bila dapat set alat tulis tu. But, nevermind. 

Lepas tu aku dengan ibu pergi bandar. Sampai dekat bandar. Mesti lah pergi mencuci mata di kedai jam. mana taknya. Jam aku dah habis battery. Hajat asal-asal nak tukar battery je. tapi tetiba sanggut dekat satu jam ni. simple but nice absolutely my style. aku tak suka something yang buat mata aku rimas. aku lebih suka something yang simple. 

Tapi, ni yang kuren sikit ni. kakak penjual tu masam gila muka dia. tapi aku tak berani nak kata apa. kena bersangka baik. mungkin dia baru clash. tak pun kucing dia mati, tapi tak leh balik rumah sebab dia kerja. Dah siap buat pembayaran aku pun intai-intai sikit sekeliling mana tahu ada yang jam yang menepati cita rasa. Then! aku ternampak satu jam ni. omeigod. comel gila.!! tapi, erk. harga dia. gila mencekik darah. RM667. senyap sekejap aku bila nampak harga dia.

Lepas dah beli jam masuk pulak kedai kain. entah apalah yang ibu nak tengok. masuk je, bukan beli pun. then kakak kedai tu tanya aku. 

"Tingkatan berapa?"
"Form three"
"Oh, pmr tahun ni?"
"Emm.. dok. ade pbsmr"
"Dah kekgi spm ye ambil direct ke dari form 1?"
"Dok ahu gok"
"Oh, pmr tak dok upsr tak dok gok ke?"
"Ahu gok. ade je kut."
"Bukan tak dok ke?"
*jonketkan bahu*  

Tak tahu nak cakap ape dah. aku faham akak ni mesti talk active gila dekat rumah. macam-macam dia nak tanya. eish.. mana lah aku tahu. aku baru form 3. nak fikir spm yang jauh lagi. erkk.. Oh, bila dah keluar dari kedai kain. aku and ibu pergi masuk kedai hari-hari. mari lah pergi hari-hari, marilah pergi hari-hari. *nyanyi* hahaha.. aku kan suka main-main. ibu sibuk cari baju aku sibuk pusing kedai. entah pape je. tak ada apa sangat dekat kedai ni. cuma sejuk sebab ada air cond. hi hi hi

Lepas dah siap membeli, aku dengan ibu pergi makan. Kita tak main lah restaurant-2 mahal ni, kita makan dekat stesyen bas je uolls. yang penting sedap dan murah. lepas dah oder makanan aku pun. pergi jalan-jalan. yelah, kan aku dah kata aku suka main-main. kebetulan sebelah kedai mee sup tu ade kedai jual majalah. aku saje je intai sikit. mana tahu ada e-pop tak payah mendaki pergi giant ken?

Then, hampa.! tak de lah pulak. ade KLiK je. mula-2 aku memang dah putus asa. then, aku tertumpu kepada satu perkataan dekat majalah tu "giant poster EXO and jae joong" kan aku dah kata satu perkataan. tanpa membuang masa aku keluarkan duit poket yang ada. oh mujur ada 5 yengit. kalau tak mahu kena smash dengan ibu mintak duit nak beli majalah. masa aku duduk balik tu. buat muka innocent gila. hahaha.. ibu senyum je. dia dah faham sangat dengan aku yang dah gila ni. 

Then, nasi ayam aku pun sampai. nyum nyum... lepas dah kenyang. kita orang pun nak pergi hock kee seng. Dalam perjalanan tu aku nampak satu kedai ni, tepi jalan je. dia jual majalah. dah satu majalah yang menarik perhatian aku. bukan sebab apa, cover dia miracle in december. masa tu mula lah aku mengila dekat tengah jalan. tapi, malas lah nak beli. membazir je. nak pergi hock kee seng tu singgah dulu dekat kedai buku banggol. Sentap sekejap aku. orang lain sibuk fikir tentang pelajaran aku duk fikir pasal k-pop.apa nak jadi dengan aku ni. lepastu insaf...

Oh, dalam hock kee seng. eish.. panjang sangat lah entry ni. penat aku menulis. okey lah. aku stop sini. lenguh dah menaip. esok nak sekolah. bye guys. see ya. :D  Oh akan ada sambungan pada esok hari hi hi hi

Get ready for school all person that still called 'student'  

Ain <3 


Older Post | Newer Post
WELCOME !



Assalamualaikum for muslim. Hello for non-muslim. Welcome to my simple blog. Be nice. Be happy. Keep smile


Things

Story About Stuff Friend




The Credits!

Template by : Qistina
Basecode by : Nurynn
Owner : Ain Syahirah