L U H A N ' S
#3furqan

Thursday, 20 November 2014 @ 08:36 | 0 EXOtic[s]

 


Hujan lebat sampai banjir kampung, tapi semangat nak ke sekolah tak pernah padam. Hari ni, officially sekolah dah mula bercuti, dah boleh dah nak packing baju untuk pergi holiday dengan family, boleh dah nak start maraton cerita korea sampai pagi tak tidur-tidur. Dah boleh mula buat benda yang memerlukan 24 jam full untuk siapkan. Dan dah mulalah aku rindu dengan kawan sekelas.

3 tahun, rasa macam lama, kalau belajar dekat u pun tinggal 1 semester je lagi, tak pun dan habis belajar. Tapi 3 tahun tu sekejap je, masa aku form 1 iaitu 3 tahun lepas aku rasa tak sanggup menghadap muka orang yang sama untuk 3 tahun, like seriously? 3 tahun? nak buat apa sampai tiga tahun dengan orang yang sama? nak jugak ada pengalaman baru. 

Tapi, makin lama, makin terasa keakraban antara kitaorang, dan 3 tahun rasa terlalu singkat. untuk tiga tahun rasa tak cukup masa nak buat kenangan terindah. nak buat banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Kalau dulu aku rasa tak sanggup nak menghadap muka yang sama, sekarang aku lagi tak sanggup nak lepasakan orang yang 3 tahun aku hadap muka diaorang.

Dulu, ada je rasa tak suka orang tu, tak suka orang ni, even first impression aku dengan swait pun bukanlah 'unforgetable'(?) atau good impression, ada tu aku takut dengan diaorang, tapi dah lama, rasa macam kenal lebih dari rapat,akrab. 3 tahun aku kenal macam-macam perangai. dari orang yang aku tak suka boleh jadi orang yang aku sayang. hahahahahaha....

Dulu masa form 1 tak rapat pun dengan budak lelaki, kadang kelas furqan senyap sangat, kalau kelas lain lalu mesti puji kelas furqan senyap je, memang budak yang baik-baik. Tapi dah makin lama makin bising, sampai jadi kelas paling bising,dan banyak masalah disiplin, tapi peduli apa dengan kata orang, orang lain tak rasa manis sekelas dengan orang yang sama untuk 3 tahun.

2014, semua dah besar, dah matang, dah boleh fikir macam mak ayah orang, kut? hahahaha... dan kami banyak buat aktiviti yang sangat tidak boleh dilupakan, mula dari iftar sampai jamuan akhir tahun, semua kenangan yang sangat manis. dan yang paling special adalah masa hari raya dengan jamuan akhir tahun. masa hari raya sekelas furqan pergi berarak ke rumah budak-budak sekitar kampung tok jiring, memang moments yang sangat indah, jalan ramai-ramai, macam maulidur rasul, sampai ada budak selawat masa kitorang lalu rumah dia. hahahahahaha...

Masa jamuan akhir tahun rabu lepas pun best sangat, sama-sama kemas kelas, buat tu buat ni, selfie, groupfie memang best, tukar-tukar hadiah, memang seronok sangat, dah sebab utama seronok tu sebab kita dah kenal lama, terlalu lama dah terlalu rapat. yang paling aku tak boleh lupa makan tart nutella wani hahahahaha.. rasa macam heaven. sekali dengan video kasih sayang untuk izzah. hahahaha.. seronok sangat. terlalu, tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk describe perasaan aku. happy, excited , sedih semua ada belaka. 

Aku harap friendship ni last forever, walau tahun depan dah berpisah, dah tak boleh jumpa, tapi kenangan ni akan tetap ada. tapi terasa macam kejam jugak sekolah ni, 3 tahun sekelas, tapi akhirnya kena ucap goodbye. rasa tak sanggup sangat!. nanti ada yang tukar, ada yang nak masuk mrsm, sesma, teknik, sekolah biasa, dan mana-mana saja yang bukan adha. memang sedih. 

Huhhh... walau apa-apa pun ikatan kitaorang aku harap akan kekal selamanya. tak kesahlah nanti nak tak jumpa pun, asal jangan lost contact. 3 tahun dengan furqanians adalah kenangan yang terindah, terlalu indah. dan sepanjang aku kenal korang, tak sekali aku menyesal dengan setiap keputusan yang aku buat. termasuk lupakan cad. hahahahaha... 

Tahun ni pun, tahun last aku nampak cad, aku tak rasa sedih (lagi) tapi manalah tahu jodoh aku dengan cad. hui.. so, goodbye cad, semoga selalu berjaya dalam kehidupan.

Untuk, budak furqan's 99 aku mintak maaf kalau ada salah silap, tadi baling bola ping-pong salah timing kenal muka sesiapa ke, sorry sangat.ada aku marah sampai terguris hati, sorry. hahahaha. semoga korang berjaya dalam hidup! dan... dapat sekelas lagi tahun depan. inshaAllah...



apa yang membuat kamu sedih bukanlah kenangan pahit, tetapi kenangan manis yang kamu tahu tidak akan berulang.

Ain <3





Older Post | Newer Post
WELCOME !



Assalamualaikum for muslim. Hello for non-muslim. Welcome to my simple blog. Be nice. Be happy. Keep smile


Things

Story About Stuff Friend




The Credits!

Template by : Qistina
Basecode by : Nurynn
Owner : Ain Syahirah