L U H A N ' S
#PT3

Tuesday, 23 December 2014 @ 10:47 | 0 EXOtic[s]

 



Air banjir semakin naik, hujan pula seperti tidak mahu berhenti, angin kencang ditemani dengan irama titisan air mata. Dramatis kisah hidup kadang menyedarkan manusia betapa pentingnya mempunyai ilham diri. Aku baru ambil result 2 hari lepas, hahahaha.. tetiba terfikir nak update something. 

Dekat twitter ramai budak bising pasal kpm tak adil dan macam-macamlah. Ade jugak budak spm yang gaduh dengan budak pt3. Kalau difikirkan balik, yelah tak baik kpm buat macam ni dengan kitaorang. Kenapa? Soalan pt3 bukannya senang macam apa, dah lah susah, nak buat latihan biar boleh fikir luar kotakpun tak sempat. Aduhai... hasilnya? Result pt3 rosak, mana taknya 83 orang je seluruh Malaysia yang dapat straights As.

Tapi, kalau fikir dengan lebih mendalam, bukanlah salah sesiapapun, bukan salah kita yang tak sempat nak belajar supaya bijak sikit. Bukan jugak salah kpm buat sistem peperiksaan yang macam hell ni. No No No. So? Salah sape? Bukan salah, tapi Allah yang belum nak bagi lagi. Dahtu budak yang dapat straights As? apasal diorang boleh 10, 11 A aku tak boleh? Hahahaha... Mungkin rezeki dia masa pt3? 10, 20 tahun akan datang siapa tahu?

So, walau memang aku setuju pt3 ni tak adil dan soalan susah macam aku dah baca semua buku yang di publish dalam dunia ni, tapi aku tak salahkan sesiapapun. Betul, rasa menyesal tu adelah sikit. Sedihpun ade jugak. Tapi aku dah angkat bendera putih.Ada 2 minggu lebih sebelum aku, kita, kau dan batch's 99 melangkah ke form 4. So, aku tekad yang sebetul-betulnya nak berubah, tak nak main-main macam sekarang, nak berhenti rasa hidup ni mudah je. 

Hari dapat result, aku balik rumah then bukak tv, malas nak fikir apa yang akan jadi seterusnya. Aku. selalu fikir pasal esok, lusa, dan akan datang, dan bila tiba masanya benda tu muncul, aku pula yang takut. pelik! Tapi, tak apalah dapat 4A 2B 5E pun tak apa, boleh survive lagi. Hidup kau tak berhenti dekat pt3 ni je. Masih jauh, kalau kau fikir pt3 penamat segalanya, kau silap. Tak apa, tak apa, hari masih ada, kalau kau betul-betul buka mata, cuba lihat di belakang kau, masih ada ramai- mungkin berjuta,beribu- yang menyokong kau. Jangan fikir orang yang di atas kau sahaja. 

Hidup ni macam roda, sekali kau di bawah, tak lama lagi kau akan naik. Kalau betul-betul nak berjaya kenalah usaha, jangan terus putus asa, Allah itu adil. Nak ambil sains tulen, tapi result teruk macam apa, tak apa, kalau perlu pergilah sekolah yang ada sains tulen tapi tak banyak persaingan. InsyaAllah, cikgu dekat sana sudi tolong punya!

Result aku? hahahaha.. cukuplah buat isi sorang kelas sains tahun depan, aminn... Itu saje hajat aku, cukup sekadar aku dapat ambil kelas sains tahun depan dah okay, walau susah, aku tetap kena cuba. Sebab aku dah tanam tekad sejak umur 8 tahun nak jadi doktor. Aku tak pernah -walau sekali- terfikir untuk jadi benda lain. Jadi kenalah usaha. Walaupun  yelah, kadang-kadang rasa takut dengan apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Soalan pt3 tu pun bukannya boleh bawak aku kemana, setakat lari sikit boleh lah. Walau aku harapkan lebih, tapi tak apa, apa yang aku mintak, apa yang aku doa, dah termakbul. Alhamdulilah.... Sebenarnya bukan result aku yang aku takutkan, aku paling takut dan berdebar untuk memberitahu orang yang nak aku berjaya result aku. Masa ambil result, aku tak rasa apapun. Kering, kosong, betul.But, seriously, kalau kpm nak hapus pt3, biarlah batch bawah aku rase dulu, dekat 3 bulan nak exam baru tukar. Aminn...

Apa yang paling aku tak tahan kalau cakap dengan upper form pasal pt3, mesti diorang cakap pt3 ni senang, pt3 ni dah lah soalan cikgu semak, senang je. Nak je aku cepuk kepalan diorang, senanglah kalau suruh lukis pembentukan petroleum, siap kena cerita lagi macam mana terhasil. Nak je aku koyakkan kertas exam tu. Aduhai.. Mengingatkan soalan pt3 haritu, betul-betul buat aku rasa nak bunuh diri, hampir je aku tak ada harapan. Ya Allah, terkejut aku masa jawab. rasa hilang terus harapan.

Okey, okey, result aku tak lah okey, atau teruk cukup makan je, Hahahahahaha... aku dapat 8A 3B. Alhamdulilah. 

Yes! aku tunggu result spm 2014 pulak, cad ambil result nanti. Aku harap dia akan berjaya di dunia dan akhirat.

That is all, probably for this freaking early in the morning! hahahahaha... Nanti aku post lagi. okey bye! 


Ain <3





Older Post | Newer Post
WELCOME !



Assalamualaikum for muslim. Hello for non-muslim. Welcome to my simple blog. Be nice. Be happy. Keep smile


Things

Story About Stuff Friend




The Credits!

Template by : Qistina
Basecode by : Nurynn
Owner : Ain Syahirah